Pengenalan

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjugi blok ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan bagi subjek HBMT2103 (Teaching Mathematics In Year Two). Ia bertujuan untuk membantu guru-guru Matematik khususnya guru Matematik Tahun 2 bagi mengajar tajuk Volume of Liquid. Semoga apa yang terkandung di dalam blog ini dapat digunakan dan sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan membantu murid memahami dengan lebih mudah lagi apa yang diajar oleh guru.

Volume of liquid (isipadu) adalah satu tajuk yang mula diperkenalkan pada Tahun 2. Kebanyakan murid masih belum mempunyai konsep yang kukuh dan ramai yang masih keliru dalam membandingkan isipadu. Contohnya bila membandingkan isipadu dalam dua bekas yang berbeza kebanyakan murid akan memilih bekas yang lebih tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding dengan bekas yang rendah. Oleh itu tugasan ini adalah untuk membantu murid-murid membina konsep yang betul dalam membuat perbandingan. Semoga apa yang dipaparkan ini bersesuaian dan mempunyai ketepatan dengan kehendak soalan.








Sebagai langkah permulaan atau lebih tepat dipanggil set induksi, murid-murid ditunjukkan dengan tayangan video.

Video Volume of liquid

Video ini digunakan semasa set induksi. Saya memilih video ini kerana pada saya ianya menarik dan dapat meransang murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Ianya dikatakan menarik kerana muziknya yang rancak dan jelas sudah pasti dapat menarik perhatian murid. Masa yang diambil juga tidak lama dan ini tidak akan menjemukan murid. Video yang terlalu lama boleh menyebabkan murid merasa bosan dan hilang tumpuan. Aktiviti yang dilakukan juga jelas dan menarik dan ia memang sesuai digunakan sebagai set induksi.

SOALAN 2

Langkah seterusnya adalah untuk menyelesaikan soalan 2 dimana ianya memerlukan alat bantu mengajar dan dua bentuk aktiviti berdasarkan alat bantu mengajar yang digunakan. Dua bentuk aktiviti yang perlu disediakan adalah untuk pelajar "high achiever" dan "low achiever".

Penghargaan

Syukur Alhamdulilah, berkat doa dan harapan maka, tugasan yang diamanahkan telah berjaya juga dilaksanakan dengan seadanya. Segala tunjuk ajar yang telah diberikan sungguh besar ertinya buat saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini dipanjangkan buat En. Fan Siong Peng selaku tutor yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan bagi memudahkan saya melaksanakan tangggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan buat kawan-kawan yang telah banyak berkongsi dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Harapan saya, semoga tugasan ini akan dapat memenuhi semua kriteria yang dikehendaki.

Rujukan

Ministry of Education Malaysia. (2003). Integrated
Curriculum for Primary Schools. Mathematics Year 2.

Mook Soong Sang. (1996). Pelajaran Matematik Untuk
Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Open University Malaysia. (2010). Teaching Mathematics jn Year Two.

Rabiatul Adawiah binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Khin Tong
et al. (2003). Mathematics Year 2

http://www.youtube

http://www.voulme of liquid




S

Aktiviti 1(Untuk Murid Lemah)

Tajuk:  Volume of Liquid (Isipadu Cecair)


Kemahiran: Pengenalan kepada Isipadu Cecair


Objektif:  Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat membuat perbandingan mengenai isipadu bagi                bekas yang sama saiz

Bahan:


  • tiga gelas yang sama saiz
  • tiga botol yang sama saiz
  • tiga baldi yang sama saiz
Aktiviti:

1.  Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

2.  Setiap kumpulan diberi bekas yang berlainan tetapi mempunyai saiz yang sama.  Sebagai contoh,       kumpulan 1 diberi tiga gelas yang sama saiz, kumpulan 2 diberi tiga botol yang sama saiz dan kumpulan 3
diberi 3 baldi yang sama saiz

3.  Murid diperkenalkan dengan istilah kosong, separuh dan penuh sambil menunjukkan isipadu air di dalam       bekas


4.  Setiap murid di dalam setiap kumpulan dikehendaki mengisi bekas masing-masing berdasarkan isipadu
yang telah dinyatakan iaitu kosong, separuh dan penuh

5.  Murid yang lain di dalam kumpulan tersebut di kehendaki menyusun bekas yang telah diisi mengikut      susunan kosong, separuh dan penuh. 

6.  Murid di kehendaki membuat perbandingan di antara dua bekas yang sama dengan menyatakan  lebih banyak atau kurang daripada.