Pengenalan

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi mengunjugi blok ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan bagi subjek HBMT2103 (Teaching Mathematics In Year Two). Ia bertujuan untuk membantu guru-guru Matematik khususnya guru Matematik Tahun 2 bagi mengajar tajuk Volume of Liquid. Semoga apa yang terkandung di dalam blog ini dapat digunakan dan sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan membantu murid memahami dengan lebih mudah lagi apa yang diajar oleh guru.

Volume of liquid (isipadu) adalah satu tajuk yang mula diperkenalkan pada Tahun 2. Kebanyakan murid masih belum mempunyai konsep yang kukuh dan ramai yang masih keliru dalam membandingkan isipadu. Contohnya bila membandingkan isipadu dalam dua bekas yang berbeza kebanyakan murid akan memilih bekas yang lebih tinggi mempunyai isipadu yang lebih berbanding dengan bekas yang rendah. Oleh itu tugasan ini adalah untuk membantu murid-murid membina konsep yang betul dalam membuat perbandingan. Semoga apa yang dipaparkan ini bersesuaian dan mempunyai ketepatan dengan kehendak soalan.








Sebagai langkah permulaan atau lebih tepat dipanggil set induksi, murid-murid ditunjukkan dengan tayangan video.

Video Volume of liquid

Video ini digunakan semasa set induksi. Saya memilih video ini kerana pada saya ianya menarik dan dapat meransang murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Ianya dikatakan menarik kerana muziknya yang rancak dan jelas sudah pasti dapat menarik perhatian murid. Masa yang diambil juga tidak lama dan ini tidak akan menjemukan murid. Video yang terlalu lama boleh menyebabkan murid merasa bosan dan hilang tumpuan. Aktiviti yang dilakukan juga jelas dan menarik dan ia memang sesuai digunakan sebagai set induksi.

SOALAN 2

Langkah seterusnya adalah untuk menyelesaikan soalan 2 dimana ianya memerlukan alat bantu mengajar dan dua bentuk aktiviti berdasarkan alat bantu mengajar yang digunakan. Dua bentuk aktiviti yang perlu disediakan adalah untuk pelajar "high achiever" dan "low achiever".

Penghargaan

Syukur Alhamdulilah, berkat doa dan harapan maka, tugasan yang diamanahkan telah berjaya juga dilaksanakan dengan seadanya. Segala tunjuk ajar yang telah diberikan sungguh besar ertinya buat saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini dipanjangkan buat En. Fan Siong Peng selaku tutor yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan bagi memudahkan saya melaksanakan tangggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan buat kawan-kawan yang telah banyak berkongsi dan membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Harapan saya, semoga tugasan ini akan dapat memenuhi semua kriteria yang dikehendaki.

Rujukan

Ministry of Education Malaysia. (2003). Integrated
Curriculum for Primary Schools. Mathematics Year 2.

Mook Soong Sang. (1996). Pelajaran Matematik Untuk
Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Open University Malaysia. (2010). Teaching Mathematics jn Year Two.

Rabiatul Adawiah binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Khin Tong
et al. (2003). Mathematics Year 2

http://www.youtube

http://www.voulme of liquid




S

Alat Bantu Mengajar

Bahan-bahan yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair

Murid-murid ditunjukkan dengan alat-alat yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair.  Berbagai-bagai alat yang boleh digunakan seperti:


Alat yang digunakan boleh dikelaskan kepada 2 kategori iaitu alat sukat
bukan piawai, contoh:     

dan alat sukat piawai seperti:

   
      Murid dijelaskan tentang penggunaan alat sukat piawai.  Alat sukat piawai hendaklah digunakan mengikut kesesuaiannya iaitu kandungan isipadu yang hendak disukat.  Misalnya untuk isipadu yang sedikit lebih sesuai menggunakan pipet, buret ataupun syringe.  Sebagai contoh apabila adik kecil demam doktor akan memberi  syringe untuk menyukat ubat.  Untuk isipadu yang lebih sedikit sesuai menggunakan selinder penyukat dan bagi isipadu yang banyak sesuai menggunakan bikar.

     Untuk mengambil bacaan apabila menggunakan selinder penyukat atau bikar, hendaklah mengikut cara yang betul di mana kedudukan mata hendaklah pada aras yang sama dengan miniskus cecair tersebut.  Ini dapat dilihat sebagaimana berikut:



Kedudukan mata apabila mengambil bacaan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi bacaan kita.  Jadi untuk mendapatkan bacaan yang tepat kedudukan mata hendaklah separas dengan miniskus cecair sebagaimana yang ditunjukkan.