Kemahiran: Pengenalan Kepada Isipadu Cecair
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat membuat perbandingan mengenai isipadu
cecair bagi bekas yang berlainan dengan menggunakan alat sukat piawai dan bukan piawai.
Alat:
- 1 Botol
- 1 Gelas
- 1 Cawan
- 3 Baldi yang sama saiz
- 3 Selinder penyukat
- 3 Bikar
Aktiviti:
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi alat-alat yang berlainan. Sebagai contoh kumpulan 1 diberi botol, baldi, selinder
penyukat dan bikar, kumpulan 2 diberi gelas, baldi, selinder penyukat dan bikar dan kumpulan 3 diberi
cawan, baldi, selinder penyukat dan bikar.
3. Setiap kumpulan dikehendaki mencari isipadu bagi bahan yang diberikan seperti isipadu botol untuk bagi
kumpulan 1, isipadu gelas bagi kumpulan 2 dan isipadu cawan bagi kumpulan 3.
4. Setiap kumpulan dikehendaki mengisi penuh air ke dalam bekas berkenaan:botol, gelas dan cawan.
Untuk mencari isipadu bagi setiap bekas air tersebut hendaklah dituang ke dalam selinder penyukat atau
bikar mengikut kesesuaian sebagaimana yang telah dijelaskan semasa memperkenalkan alat sukat piawai
dan bagaimana untuk mengambil bacaan tersebut.
5. Murid merekod isipadu yang diperolehi di dalam jadual yang disediakan.
6. Langkah seterusnya murid dikehendaki mengisi air ke dalam baldi masing-masing sehingga penuh dengan
menggunakan bekas yang ada pada mereka seperti botol, gelas dan cawan. Murid merekod bilangan yang
diperolehi.
7. Guru menjelaskan kepada murid bahawa untuk menentukan bekas yang dapat mengisi isipadu yang
banyak adalah bekas yang mempunyai bilangan yang sedikit untuk memenuhkan baldi
8. Murid mengisi jadual yang disediakan di papan hitam berdasarkan rekod yang mereka perolehi
9. Berdasarkan jadual yang telah lengkap, guru membimbing murid untuk membuat perbandingan.
10. Murid dapat membandingkan bekas mana mempunyai isipadu yang lebih daripada atau kurang daripada.